Privasi dan Keselamatan Data

Di Toneregister.com, privasi dan keselamatan adalah di utamakan. Di sini merupakan garis panduan yang kami guna untuk melindungi maklumat peribadi anda. Sila baca yang berikut dengan teliti.

Notis Privasi Portal Toneregister.com

Tone Register menghormati dan mengutamakan privasi anda. Melalui portal ini, kami akan mengumpul, menyimpan dan menggunakan maklumat peribadi anda untuk perkara-perkara yang di perlukan saja. Kami menggunakan maklumat anda untuk merapatkan lagi hubungan dua hala kami dengan anda, contohnya, untuk memproses pembelian anda, memberi perkhidmatan dan sokongan, berkongsi paparan berita, menawarkan produk terbaik, tawaran perkhidmatan dan kerjasama syarikat dengan anda.

Kami tidak menjual maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak, dan data anda hanya di guna kepada pengurusan pengiklanan menerusi portal ini dan rangkaian dalaman saja . Anda juga boleh bertanya untuk melihat data peribadi yang anda telah berikan kami dan meminta pemindaan, pembetulan atau pemadaman. Kami berusaha untuk melindungi keselamatan data peribadi anda melalui penggunaan langkah-langkah dan proses-proses yang bersesuaian.

Maklumat Yang Portal Toneregister.com Kumpul Mengenai Anda
Kami meminta anda untuk memberikan maklumat di perlukan yang membolehkan kami untuk memproses pembelian anda atau memberi perkhidmatan kepada anda, menaikkan trafik URL ID anda, memberi maklum balas atas permintaan maklumat, memudahkan isu sokongan teknikal atau untuk tindakan susulan selepas pembelian dan pendaftaran dari anda.

Portal ini mengumpul maklumat apabila anda berinteraksi dengan kami. Sebahagian daripada contoh-contoh ini mungkin akan berlaku apabila anda:

  • Melayari atau mendaftar di laman web toneregister.com;
  • Membuat pesanan menerusi portal;
  • Penggunaan hantaran e-mail antara dua hala;
  • Meminta bantuan daripada penasihat teknikal online kami;
  • Permintaan data sokongan sama ada secara online atau melalui telefon;
  • Memberi maklum balas dalam suatu tinjauan;
  • Mengambil bahagian dalam tawaran-tawaran promosi;
  • Siaran berita mingguan atau bulanan.
  • Paparan sistem Apprentice Dashboard.

Maklumat bagaimanakah yang kami kumpul ?
Apabila anda berinteraksi dengan kami, kami mungkin meminta untuk beberapa maklumat berikut:

  • Nama,
  • Alamat penghantaran/tempat tinggal,
  • Alamat e-Mel,
  • Alamat IP,
  • Nombor Telefon,
  • Kad Pengenalan/ No IC,
  • Maklumat Transaksi Anda Seperti Keutamaan Anda,
  • Nombor ID Portal,
  • Maklumat Kad Kredit Dan Butir-Butir Bank Lain,

Maklumat lain mungkin di perlukan dari semasa ke semasa untuk memproses transaksi atau permintaan anda. Kami juga mungkin mengumpul maklumat demografi seperti butir-butir perniagaan atau syarikat, umur, jantina, dan sejarah pembelian produk dari anda.

Kami juga mengumpul maklumat berkaitan interaksi online anda dengan kami (termasuk, contohnya, alamat IP anda, pautan halaman yang anda lihat, dan iklan-iklan Dell yang anda klik) supaya kami boleh menawarkan anda pengalaman yang lebih konsisten. Kami mungkin menggunakan maklumat peribadi anda, termasuk sejarah layaran dan pembelian untuk membuat pengesyoran kepada mahupun kepada prospek baru anda dan menghantar komunikasi disesuaikan melalui pelbagai kaedah berkomunikasi, termasuk penggunaan e-mel.

Kami merekod maklumat peribadi anda dalam:

  • Sistem Komputer;
  • Pangkalan Data Elektronik;
  • Arkib Digital;
  • Rakaman Telefon; Dan
  • Soft & Hard Copy.

Kami akan mengambil semua langkah munasabah untuk melindungi maklumat peribadi anda daripada salah guna, akses tanpa kebenaran. Cara-cara kami melakukan sedemikian termasuk:

  • Menggunakan lapisan soket selamat (ssl) apabila mengumpul atau memindah maklumat sensitif, seperti butir-butir kad kredit (penyulitan ssl telah direka untuk membuat data tidak boleh dibaca oleh sesiapa kecuali kami);
  • Penggunaan (ssl) di pihak kedua perkhidmatan paypal memproses data kad kredit atau kad debit anda yang menjadikan ia lebih selamat;
  • Mengehadkan akses fizikal ke datacenter kami;
  • Mengehadkan akses fizikal kepada maklumat kami kumpul mengenai anda (misalnya, hanya di antara kakitangan-kakitangan kami yang memerlukan maklumat anda untuk menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan kami dibenarkan akses);

Portal ini menggunakan maklumat peribadi anda untuk maksud-maksud khusus.

Maklumat yang anda berikan akan di simpan secara sulit, di gunakan dan di zahirkan bagi maksud-maksud yang baginya ianya telah di kumpul atau sebaliknya di benarkan oleh undang-undang terpakai. Ianya di kumpul dan diproses bagi maksud-maksud am berikut atau bagi maksud-maksud perniagaan sah lain:

  • Untuk memproses pembelian anda atau memberikan perkhidmatan yang diminta;
  • Untuk menghubungi anda;
  • Untuk mengelakkan penipuan dan aktiviti-aktiviti dilarang atau menyalahi undang-undang;
  • Untuk melindungi keselamatan dan integriti laman portal, perniagaan kami, produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kami;
  • Untuk menyesuaikan komunikasi kami dengan anda dan bahan-bahan pemasaran yang kami kongsi dengan anda; dan
  • Untuk membenarkan rakan-rakan perniagaan kami untuk menyampaikan mesej disesuaikan kepada anda.

Bilakah Portal Toneregister.com Berkongsi Maklumat Peribadi Anda.
Maklumat anda juga di kongsi dengan entiti-entiti Portal yang lain seperti syarikat induk Tone Group iaitu pengeluar simkad berjenama Tone Wow yang di jual melalui portal ini, DIGI iaitu syarikat yang menguruskan aplikasi komunikasi bagi pihak Tone Group di bawah pakejnya Tone Wow dan institusi-institusi kewangan sekiranya di minta untuk pembuktian. Jika permintaan itu berlaku, pihak Portal Toneregister.com ini berusaha untuk memastikan maklumat anda hanya di gunakan berkaitan fungsi-fungsi pihak-pihak ini. Segala pengurusan maklumat ini adalah di anggap sulit.

Portal akan menzahirkan maklumat peribadi anda setakat yang diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang terpakai, jika di perintah atau diperlukan untuk berbuat sedemikian oleh mahkamah atau pihak berkuasa bagi memastikan yang kami mematuhi undang-undang dalam mengelakkan sebarang pertikaian konflik.

Perdagangan Internet
Perniagaan atas talian atau E-Commerce menawarkan pelbagai inisiatif produk dan dengan itu kami memproses butiran data seperti maklumat kad kredit, nama, alamat, e-mel anda dan apa-apa maklumat lain yang berkaitan. Portal ini komited untuk menyimpan maklumat yang di kumpul dengan selamat.

Kami menawarkan langkah-langkah keselamatan penyulitan SSL. Ianya boleh didapati melalui pelayar anda. Segala transaksi pembelian adalah secara atas talian. Kami biasanya akan cuba untuk menghubungi anda sekiranya terdapat kemungkinan masalah dengan pembelian anda atau untuk apa-apa komunikasi perniagaan biasa tentang pembelian anda.

Perkembangan Mengikut Keadaan Semasa.
Kami menggunakan teknologi untuk membantu membina akses kandungan pelayar yang di sesuaikan mengikut keadaan semasa. Di Portal ini, kami menggunakan “cookies” untuk membantu kami menentukan maklumat mana yang sesuai untuk anda apabila anda berinteraksi dengan kami. Penggunaan cookies oleh kami bertujuan untuk memberikan anda pengalaman yang lebih baik apabila menggunakan https://www.toneregister.com/ bagi menyampaikan mesej yang di sesuaikan tentang produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan di portal ini mahupun kepada rangkaian laman web yang berkaitan dengan portal ini.

Cookies juga digunakan untuk merekod penjualan menggunakan sistem Apprentice atau di kenali sebagai program Affiliate di mana pembelian yang berjaya di buat melalui portal ini dimasukkan di bawah ID Portal dan dikredit kepada ID HQ Tone Wow masing-masing.

Laman Pihak Ketiga
Untuk pemberitahuan, rangkaian laman web yang direka sebagai trafik kepada portal ini HANYA menyimpan data No ID Affiliate anda sahaja dan tidak mengandungi segala butiran penting seperti butiran transaksi, kad pengenalan diri, alamat kediaman atau pun data perbankan. Kaedah ini direka dalam membantu anda melakukan aktiviti promosi dengan lebih baik atau lebih mudah lagi kami katakan sebagai medium pemasaran kepada anda. Pembelian dan pembayaran atas talian hanya berlaku melalui portal utama di https://www.toneregister.com sahaja.

Perubahan Privacy Policy
Kami mungkin akan kemaskini Privacy Policy dari semasa ke semasa. Kami akan memberi makluman kepada anda sekiranya berlaku sebarang perubahan di halaman Privacy Policy di sini. Kami akan memaklumkan kepada anda segala kemaskini terkini menerusi E-mail atau notis perkhidmatan di laman portal di sini.

Hubungi Kami
Jika anda ingin menghubungi kami, atau ada soalan mengenai pernyataan privasi kami, sila klik link berikut.